Tempahan Sulaman Baju Re-Union Dari Kuala Lumpur

Pepatah Melayu ada menyebut, kawan ketawa senang dicari, tetapi kawan menangis jarang sekali. Maksudnya, kawan ketika kita senang dan gembira memang ramai di sekeliling. Waktu kita suka ramai orang nak bersembang, buat itu buat ini.

Tetapi bila kita berduka sedih, sangat susah. Jika ketika itu ada yang bersama suka duka, itulah namanya sahabat sejati. Alhamdulillah, setakat ini ada beberapa rakan saya yang dikategorikan sebagai sahabat. Waktu belajar dan waktu bekerja. Terima kasih buat kalian.

Apa kaitan dengan tempahan pelanggan ini? Sangat berkait kerana mereka ini saya boleh katakan dalam kategori sahabat sejati. Sebab apa?

Sebab tempahan baju sulaman ini diminta oleh Tuan Baha untuk re-union sahabat sekolah beliau pada tahun 1980 – 1985.

Ya. TAHUN 1980 kira -kira 36 tahun tu. Saya pun belum lahir lagi. Fuhh!

Mungkin sahabat-sahabat Tuan Baha tidak pernah bersua muka selepas waktu persekolahan tetapi dalam tempoh tersebut mereka saling berhubung. Jika tidak bagaimana dapat merancang untuk re-union. Anda bayangkan bagaimana ikatan mereka selama 3 dekad itu.

Kami kongsikan sedikit gambar tempahan. Ada baju muslimah sulaman dan juga baju polo sulaman.

baju polo sulambaju polobaju muslimah sulam baju muslimah

Maklumlah sekarang ada teknologi yang sangat membantu manusia berhubung iaitu WhatsApp. Semenjak kewujudan WhatsApp 8 tahun lepas, banyak perhubungan dapat diwujudkan semula.

Tak percaya? Buka handphone anda, tengok berapa banyak Group rakan sekolah. Hah, senyum la tu :)

Kami turut berbangga dengan hubungan mereka dan sangat berpuas hati dapat membantu mencapai impian Tuan Baha untuk buat baju.

Tidak pasti sama ada Tuan Baha ada baca atau tidak blog kami yang tidak seberapa ini, tetapi kami sangat seronok dapat bekerjasama dengan tuan. Dengar cerita Tuan Baha ini kerja di luar negara. Fuhh, memang otai habis ni!

Selamat bergembira bertemu sahabat-sahabat tuan.

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim) – kredit kepada Halaqah.net

ZAINI

018-2122 510

Kongsikan artikel untuk manfaat bersama:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge