Tempahan Baju Korporat Ulangan Dari Sabah

Salam sejahtera,

Pertama sekali, syukur Alhamdulillah kerana kami diberi kepercayaan sekali lagi untuk membuat baju korporat. Tempahan ulangan (repeat order) untuk kelab kewangan sekolah dari Keningau, Sabah. Tempahan dari puan yang sangat sporting dalam setiap urusan.

Ada dua perkara yang saya belajar daripada tempahan kali ini:

1. Kepercayaan tempahan secara online

Kita semua sedar di era Internet tanpa sempadan ini, sudah ramai orang membeli belah secara online. Ini kerana setiap urusan akan menjadi lebih cepat, mudah dan jimat. Tidak perlu keluar rumah untuk membeli barang. Order sahaja, beberapa hari kemudian barang yang dibeli akan sampai di pintu rumah.

Oleh sebab tidak nampak penjual dan pembeli, faktor paling penting dalam urus niaga adalah kepercayaan. Mustahil kita akan berurusan dengan orang yang kita tidak kenal. Pertama kali pula tu.

Baiknya, jika sudah kenal dan percaya, Alhamdulillah langkah seterusnya akan menjadi lebih mudah.

2. Keyakinan dan kejujuran kedua-dua pihak dalam urus niaga

Ramai orang ditipu di Internet. Dengan berjuta janji manis kepada pembeli, habis kerugian beribu-ribu ringgit. Kita biasa baca di akhbar dan Facebook, ada saja mangsa ditipu. Oleh kerana orang-orang sebeginilah, habis rosak nama baik penjual yang jujur di Internet.

“Kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga.”

Namun, masih banyak peniaga yang jujur dan amanah dalam jual beli. Jika ada keyakinan dan kejujuran antara pembeli dan penjual, jual beli akan jadi sangat selamat dan terjamin.

Baiklah, saya belanja sikit tempahan kedua dari Sabah ini. Terima kasih bah!

baju korporat kelab

baju korporat kelab

Ingin cetak baju? Jangan bertanggung lagi. Capai handphone anda dan hubungi:

ZAINI

SMS/WhatsApp: 018-2122 510

Email: info@khidmatcetakbaju.com

Kongsikan artikel untuk manfaat bersama:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge