Tempahan Baju Korporat Pelajar dari Sabah

Alhamdulillah, syukur baju telah selamat dihantar kepada pelanggan di Sabah. 130 helai baju custom-made. Dibuat khas untuk para pelajar tingkatan 6 di sebuah sekolah menengah. Kami bersyukur kerana dapat merealisasikan impian cetak baju pelanggan.

Pengalaman Semasa Pos Baju

Sekadar ingin berkongsi. Oleh kerana baju banyak iaitu 130 helai, jadi berat keseluruhan hampir 36kg. Bayangkan! Maksimum PosLaju 30kg sahaja.

Tidak jadi masalah untuk buat pembungkusan kerana masuk dalam kotak. Cabaran paling berat apabila nak angkat kotak. Hampir tak boleh angkat!

Jadi, cara paling mudah adalah buat 2 kotak. Bila angkat ringan sedikit walaupun dekat 20kg juga satu kotak. Salah angkat boleh lari tulang.

Pesanan pada orang perempuan, jangan angkat benda berat. Tak elok untuk jangka panjang. Harap faham la ya.

Sudah angkat masuk ke dalam kereta, terus ke pejabat PosLaju. Kami memang gunakan PosLaju sebab terbukti kredibiliti penghantaran. Liputan penghantaran juga ke seluruh pelusuk kampung dan desa.

Alhamdulillah, ada pekerja PosLaju tolong angkat kotak-kotak tu. Bila lihat dia angkat kotak, macam ringan pula. Tetapi badan dia pun memang ‘sado’. Memang tidak jadi masalah angkat kotak.

Itulah pengalaman serba sedikit. Memang seronok dapat tempahan yang banyak tetapi proses sehingga sampai ke tangan pelanggan sedikit rumit. Kami anggap itu satu cabaran untuk memberi perkhidmatan cetak baju terbaik pada pelanggan.

Selagi kita berusaha untuk beri yang terbaik kepada pelanggan, selagi itu kita akan rasa puas dan seronok. Penat lelah hilang bila dengar pelanggan terima dengan hati yang gembira.

Baiklah, saya kongsi sedikit beberapa keping gambar tempahan.

baju-korporat-1

baju-korporat-2

baju-korporat-3

Nak buat baju? Macam biasa, WhatsApp sahaja 018-2122510 (Zaini)

Kongsikan artikel untuk manfaat bersama:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge