Tempahan Baju Korporat JKKK dari Sarawak

Untuk post kali ini sekadar ingin berkongsi tempahan dari pelanggan. Sekali lagi tempahan baju korporat dari Bumi Kenyalang iaitu Sarawak.

Alhamdulillah, sudah dihantar dan diterima oleh pelanggan dan mereka berpuas hati. Itu paling utama. Duit nombor dua. Apa yang penting kepuasan pelanggan yang melebihi segalanya dalam bisnes printing.

Menariknya, pelanggan membeli atas saranan rakannya yang pernah menempah sebelum ini. Boleh rujuk post Tempahan Baju Korporat dari Kuching, Sarawak. Apa orang cakap, Word-of-mouth marketing yang bermaksud apabila seorang pelanggan yang berpuas hati, mereka akan menyarankan perkhidmatan kepada orang lain.

Jarak jauh dan tak pernah bersua muka akan menjadi satu halangan untuk kita meneruskan niat menempah baju. Sebab itu kepercayaan daripada pelanggan amat penting untuk melancarkan urusan. Walaupun tidak nampak penjual dan pembeli tetapi dengan kepercayaan, segalanya mungkin.

Baju korporat ini menggabungkan kombinasi warna baju dan sulaman yang sangat cantik. Rasa macam nak buat juga sehelai untuk diri sendiri. Setakat ini hanya cuba baju sampel sahaja tanpa sulam.

Baiklah, saya belanja sedikit gambar baju yang ditempah untuk penilaian anda.

baju korporat sulambaju korporat sulam logo baju korporat sulam nama

Seperti biasa, jika ingin menempah baju, hubungi kami:

ZAINI

WhatsApp/SMS/Call: 018-2122 510

Email: info@khidmatcetakbaju.com

Kongsikan artikel untuk manfaat bersama:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge