Tempahan Baju Korporat dari Kuantan, Pahang

Baiklah, apa pula cerita tempahan kami kali ini?

Alhamdulillah, kami terus menerima tempahan baju korporat. Kali ini dari salah satu pertahanan awam Malaysia. Tempahan baju korporat beserta sulaman nama dan logo. Baju digunakan jenama Thumb. Kos penghantaran adalah percuma.

Rasa seronok dapat membantu merealisasikan impian baju korporat mereka. Semoga terus utuh mendaulatkan tanahair tercinta Malaysia. Kami ucapkan jutaan terima kasih.

Tempahan baju korporat ini hanya mengambil masa 2 minggu. Walaupun ada tempahan lain yang nak cepat dan kurang dari 2 minggu kami dengan rasa rendah diri akan menolak. Jika diikutkan mesti untung sebab tempahan banyak tetapi mampukan anda nak kejar sana sini untuk siapkan order.

Bak kata sifu-sifu saya yang sudah tahap ‘otai’ dalam bisnes printing, kualiti lebih penting daripada wang ringgit. Biar pelanggan puas hati. Jangan tamak. Masih terngiang-ngiang lagi di telinga ni.

Jadi, jangan cari pasal terima semua order walaupun dapat kuantiti banyak. Bimbang satu perkara sahaja. Takut tak sempat siap, memang ‘siap’ la kami. Buruk reputasi kalau tak sempat siap, lebih-lebih baju yang ada tarikh tertentu seperti baju rewang, baju seminar dan baju family day.

Seperti biasa, kami belanja sikit beberapa gambar tempahan kali ini untuk tatapan anda.

tempah baju korporat

baju korporat murah

Nak buat baju korporat? Jangan malu, jangan segan. Tanya tak kena bayar. Hubungi Call/WhatsApp 018-2122510 (Zaini)

Kongsikan artikel untuk manfaat bersama:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge