Soalan Lazim

Soalan lazim adalah himpunan soalan yang biasa ditanya oleh bakal pelanggan. Sila baca sebagai panduan dan untuk lebih kefahaman.

1.  Butiran lengkap KhidmatCetakBaju.com?

Dimiliki oleh MOZAS GLOBAL RESOURCES (002392005-P). Kami memberikan tambah nilai dan kemudahan kepada anda untuk memiliki baju dengan rekabentuk (design) sendiri pada harga yang sangat berpatutan.

2. Apakah perkhidmatan yang ditawarkan oleh KhidmatCetakBaju.com?

Kami memberikan perkhidmatan mencetak baju rekabentuk (design) sendiri. Design sendiri bermakna anda boleh mencetak baju menggunakan apa sahaja rekabentuk yang telah anda sediakan sendiri. Pihak kami akan mencetak untuk anda.

Antara perkhidmatan kami:

  1. Cetakan (printing) – khidmat cetak baju menggunakan kaedah Silkscreen & Heatpress
  2. Sulaman (embroidery)- khidmat sulaman pada baju seperti logo, nama dan tulisan

3. Bagaimana cara untuk menempah cetak baju?

Pihak kami telah menyediakan panduan harga dan jenis baju yang digunakan. Namun, ianya adalah panduan asas. Untuk mendapatkan harga sebenar tempahan, sila isikan borang sebut harga dengan maklumat lengkap.

Selepas mengisi borang sebut harga, kami akan membalas & memberikan harga sebenar dalam masa 24 jam. Klik Borang Sebut Harga untuk pertanyaan harga.

4. Bagaimanakah proses tempahan berlaku?

Pelanggan hantar borang sebut harga —> Kami hantar maklumbalas —> Pelanggan setuju & bayar deposit —> Proses cetakan bermula —> Baju siap dicetak dan dipos kepada pelanggan

5. Adakah saya boleh menempah baju jika tidak pandai design?

Pihak kami boleh design baju anda, namun kos RM40 setiap design akan dikenakan. Butiran yang akan diletakkan pada design juga diperlukan daripada pihak anda untuk memudahkan kerja-kerja design.

6. Berapakah jumlah minimum tempahan baju?

10 helai.

7. Berapakah kos penghantaran?

  • Kos penghantaran adalah percuma ke seluruh Malaysia hanya untuk tempahan 30 helai dan ke atas sahaja.
  • Kos pos/penghantaran ditanggung oleh pembeli untuk tempahan 10 hingga 29 helai. Bukan sepenuhnya tetapi kebanyakkan kos.

8. Berapakah jumlah deposit untuk setiap tempahan?

Deposit (bayaran pendahuluan) sebanyak 50% daripada jumlah keseluruhan harga baju. Contohnya, jika jumlah keseluruhan adalah RM400, deposit sebanyak RM200 diperlukan. Pihak kami tidak akan memproses tempahan tanpa deposit.

9. Berapa lamakah tempahan boleh disiapkan?

Proses cetakan bermula selepas pengesahan design dan wang deposit diterima. Proses cetakan mengambil masa 14 hari berkerja. Namun begitu, penghantaran akan lebih pantas sekiranya proses cetakan siap lebih awal.

10. Bolehkan tempahan untuk baju custom-made seperti bahagian kolar atau lengan baju berwarna dan design lain?

Boleh. Kami menerima custom-made namun perlu melihat kepada design dan jenis kain yang bakal digunakan. Minimum tempahan adalah 50 helai.

Jika anda masih mempunyai keraguan & pertanyaan, kami mengalu-alukan pertanyaan anda. Sila klik Hubungi Kami untuk bantuan lanjut.

Kongsikan artikel untuk manfaat bersama: