Lagi Tempahan Ulangan dari Pelanggan Sabah

Tempahan kali ini datangnya dari seberang Laut China Selatan. Pelanggan dari sebuah sekolah di Semporna, Sabah ini adalah pelanggan setia kami. Untuk makluman, sudah 3 kali dalam masa terdekat beliau memberi kepercayaan kepada kami untuk cetak dan sulam t-shirt.

Jika dikira secara kasar, sudah lebih 300 helai baju yang ditempah oleh beliau!

T-shirt yang ditempah adalah jenis quickdry atau orang biasa sebut kain jersi. Jenis licin tetapi selesa dipakai. Sangat sesuai untuk aktiviti luar (outdoor). Kemudian sulaman di hadapan dan lengan baju.

Kami sangat terhutang budi kepada beliau atas sokongan dan kepercayaan diberi walaupun tidak pernah bersua muka. Namun, kami yakin teras kepercayaan dan kejujuran kedua-dua pihak dalam berurusan secara online adalah asas utama.

Siapa cakap perniagaan internet tidak boleh berjaya? Salahnya bukan pada perniagaan tetapi kepada sikap sesetengah peniaga yang menipu dan menangguk di air keroh Melaka.  Tak akan berjaya orang yang menipu dalam perniagaan.

Bak kata sifu cetak baju saya,

“Kita boleh tipu pelanggan tapi ada 2 benda kita tak akan dapat selepas itu. Pertama, keberkatan. Kedua, pelanggan yang berulang-ulang.”

Terima kasih puan. Harap kita dapat bekerjasama lagi pada masa akan datang. Moga terus berjaya dan bersemangat memajukan Bangsa Malaysia.

Kami kongsikan beberapa gambar tempahan beliau.

cetak baju jersi print baju jersi sulam baju jersi

Kupon diskaun RM50 masih berjalan seperti biasa. Sebelum tempoh muat turun tamat, baik anda rebut peluang keemasan ini. Banyak kelebihan kupon diskaun RM50 ini. Download jangan tak download.

Klik  di sini untuk dowload kupon.

Nak buat baju untuk sebarang aktiviti anda? Kami sedia membantu. Hubungi kami sekarang untuk bantuan percuma:

ZAINI

018-2122 510

Kongsikan artikel untuk manfaat bersama:

4 Comments

  1. Ku Dhia Anna

    Salam..boleh tanya lau baju korporat yang custom made ada x? saiz baju korporat untuk muslimah ada disediakan jugak x?tq..

    • Mohd Zaini

      Salam cik Ku Dhia Anna,

      Terima kasih kerana berminat.

      Kita ada buat baju custom made. Boleh buat lengan pendek, panjang dan muslimah. Saiz untuk custom made boleh gunakan ukuran sama dengan saiz sedia ada.

      Minimum tempahan custom made 50 helai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge