Tidak kira cara apa yang anda gunakan untuk cetak baju, paling utama adalah hasil akhirnya. Kita mahukan corak yang diinginkan berada pada dada atau belakang baju. Namun, untuk menentukan jenis cetakan yang diperlukan, amat mustahak mengetahui keperluan dan budget sendiri.
Apa jenis-jenis cetakan yang kami gunakan?
1. Silkscreen
Menggunakan sutera saring (mesh) sebagai alatan utama. Kerja-kerja penyediaan mesh, blok, warna dan perkakasan lain agak rumit sebelum proses cetakan bermula. Memerlukan ruang yang besar dan tenaga yang banyak. Kebaikannya boleh cetak apa sahaja fabrik seperti cotton, microfibre, polyester dan sebagainya.
Peralatan silkscreen
Jenis cetakan ini sangat rendah kosnya untuk permulaan. Biasanya digunakan untuk mencetak baju dalam kuantiti yang banyak (lebih daripada 10). Lebih banyak lebih murah kos penghasilan. Jadi, harga yang ditawarkan kepada pengguna juga lebih berpatutan. Biasanya untuk design yang mudah dan ringkas seperti tulisan.
Warna yang digunakan juga tidak terlalu banyak. Maksimum 3 atau 4 warna cetakan.
Contoh baju yang dicetak seperti baju rewang, baju kelas dan baju kumpulan.
2. Heatpress
Kaedah ini 100% menggunakan mesin khas iaitu Heatpress. Sesuai dengan nama, kaedah ini menggunakan dua terma utama iaitu Heat (kepanasan) & Press (tekanan). Menggunakan sticker khas yang dicetak, kemudian dilekatkan pada baju dan tekan menggunakan mesin Heatpress. Gambar yang dicetak pada sticker khas akan dipindahkan kepada baju.
Mesin heatpress
Kos membeli mesin Heatpress beserta printer dan aksesorinya melebihi RM3000. Agak mahal tetapi boleh dijalankan di rumah kerana memerlukan ruang yang sedikit. Juga boleh cetak pelbagai warna (full color printing). Malah gambar sebenar juga boleh dicetak menggunakan Heatpress. Penggunaan Heatpress tidak terlalu sukar dan proses cetakan lebih pantas.
Ada 2 cara menggunakan kaedah ini iaitu:
1. Sublimation. Digunakan untuk cetak design ke atas fabrik selain cotton seperti microfibre, polyester dan sebagainya. Jika cetak pada kain cotton, design mungkin akan jadi kabur dan lebih teruk design tidak melekat pada baju. Kaedah sublimation ini hanya sesuai untuk baju berwarna cerah sahaja lebih-lebih lagi putih. Baju berwarna hitam tidak boleh digunakan.
Kebaikan kaedah ini, warna cetakan akan kekal dan menyerap ke dalam benang kain dan tidak akan tanggal.
2. Heat Transfer. Sesuai untuk pelbagai fabrik kain sama ada cotton atau tidak. Proses cetakan adalah sama dengan Sublimation tetapi kos kertas cetakan adalah lebih mahal. Kekurangannya, selepas beberapa kali basuhan, warna cetakan akan merekah dan pecah. Cara basuhan yang sesuai adalah dengan menterbalikkan baju. Bahagian cetakan berada di dalam dan bahagian dalam berada di luar.
Heapress boleh mencetak minimum 1 helai baju. Namun, untuk mencetak baju dalam kuantiti banyak, kos lebih mahal berbanding Silkscreen.
Kaedah ini sesuai untuk Baju I AM, baju bergambar sendiri atau design full color.
Jadi, kami menawarkan kedua-dua jenis cetakan bergantung kepada keinginan dan design yang anda sediakan. Namun, untuk penjimatan, kami akan sarankan menggunakan Silkscreen tetapi untuk baju I AM memang guna Heatpress.
Untuk cetakan pertama anda bersama kami, jangan lupa dapatkan kupon diskaun RM50. Jimat banyak!
Jumpa lagi,
Jika anda masih kurang jelas & perlukan bantuan, sila hubungi:
ZAINI
Call/Msj/WhatApp: 018-2122510
Email: info@khidmatcetakbaju.com
terfikir juga macam mana orang buat baju “I AM” tu, rupanya pakai heat transfer je
Ya tuan. Pakai heatpress. Cepat, mudah & berkualiti.
apa software yg di gunakan untuk buat design baju? dan macamana utk dapatkan mirror printing? tq
Software guna Adobe Illustrator dan Photoshop.
Mirror printing tu maksudnya mirror image ke? Kalau mirror image boleh guna flip
bro, aku masih x berapa faham, yang sublimation tu heat transfer juga ker?
Aku ada minat nak beli heat press tp hang kata selepas beberapa basuhan dia pecah. Hang kata sublimation warna terus kekal dan tahan tapi hang kata dia x lekat kat baju cotton, so aku x berapa nak jelas dalam hal ni. Skrg aku ada budget RM4K terfikir nak ambil heat press
1. Sublimation guna kertas special (sublimation paper) yang akan pindahkan dakwat sublimation ink (design) ke dalam fabrik. Contoh macam corak pada mug, botol air. Kira macam silkscreen juga cuma guna mesin.
Silkscreen akan transfer dye. Sublimation akan transfer ink.
Silkscreen guna dye yang akan serap ke dalam kain cotton tetapi sublimation ink tidak pada cotton. Sublimation sesuai selain cotton macam polister.
2. Heat transfer akan guna kertas. Macam sticker. Letak pada baju dan tekan. Maksudnya kita tampal heat transfer paper atas baju. Guna pigment ink. Boleh buat pada semua jenis baju. Contohnya macam nombor dan nama pada jersi bola.
Dua-dua kena guna mesin heat press untuk panas, tekan dan lekatkan pada baju.
Jika basuh baju guna heatpress jenis heat transfer, lama-lama akan merekah coraknya.
Moga dapat membantu.
Salam… mohon sedikit pencerahan jika tak keberatan, sekiranya menggunakan heat transfer pada baju 100% cotton selepas siap heat press dan dibiarkan dalam 30 minit imej pada baju masih boleh tertanggal seperti kurang melekat apa puncanya? kertas yg digunakan dalah dark paper A4..terima kasih
Waalaikumussalam,
Biasanya kurang lekat sebab:
1. T-shirt tidak 100% cotton tetapi baju sudah tiada masalah sebab cotton.
2. Tekanan dan suhu kurang sesuai seperti saranan pada transfer paper.
3. Dark transfer mungkin kurang berkualiti. Biasa saya guna Neenah 3G Jet Opaque Dark Transfer paper untuk baju selain putih. Lekat dengan sempurna.
sekadar pandangan.
assalam…tuan…ink ape yg boleh digunakan untuk transfer paper dan sublimation paper…maksudnya 1 jenis ink utk kedua-dua paper
Waalaikumussalam Tuan Syawal,
Untuk transfer paper, saya guna Pigment Ink jenis kalis air. Kualiti bagus dan bila basuh warna tak tanggal.
Untuk sublimation printing, guna Sublimation Ink.
Mohd Zaini recently posted…Cetakan T-shirt Menggunakan Vinyl & Transfer Paper
Boleh tk klau pigment ink tu masuk dlm catridge canon?
Tuan Azwan,
Boleh sebab ianya jenis cecair yang boleh diisi. Saya sendiri gunakan Pigment Ink dan diisi pada catridge injet printer Epson. Asalkan ianya printer jenis Inkjet.
salam…. pigment ink boleh buat sticker untuk sticker kerata ke?
Waalaikumussalam,
Ya. Saya ada baca boleh buat sticker untuk kereta tetapi kena guna Pigment Ink Kalis Air (Water Proof). Material yang biasa digunakan adalah jenis outdoor seperti Vinyl.
Assalam, apa beza printer epson L110 (4colour) dgn epson L800(6 colour) utk printing baju..harap membantu..terima kasih
Waalaikumussalam,
Saya jawab setakat saya tahu.
Epson L110 ada Cyan, Magenta, Yellow dan Key (ada juga orang kata Key ini Black). Ini warna asas yang perlu ada pada printer untuk buat baju lebih-lebih lagi yang buat design CMYK.
Epson L800 juga ada 4 warna asas (CMYK) + 2 warna lagi biasanya untuk cetak gambar, kualiti lebih baik dan resolution lebih terperinci.
Jadi, jika ingin cetak baju jenis heatpress, 4 color sudah memadai (sebab saya pun pakai 4 warna sahaja, Epson L310). Untuk lebih kepuasan pada grafik dan hasil akhir, 6 warna memang terbaik.
kalau nak ckp kat tauke kedai kertas transfer tu mcm mana…..ape name kertas tu ???
Hi Tuan Adam,
Boleh cakap Transfer Paper untuk buat baju. Biasanya kedai akan tahu. Brand saya selalu guna Neenah 3G Je Opaque Transfer Paper.
salam tuan..
3 soalan boleh..
1. dark/light paper boleh guna ke jersy ka, kalau x boleh.. jenis paper apa yg kena guna untuk jersy.
2. mcmana nak dapatkan hasil tulisan warna putih guna dark paper ke baju seperti dark grey.. sebb kalau paper tu warna putih akan ikut warna baju lepas heatpress..co toh sy nak tulis nama sy warna putih ke baju dark grey ..
3. bila sy heat press.. kawasan baju yg kena heat press turut bertukar warna.. maksud saya menjadi pudar.. apa punca?
terima kasi tuan
Untuk heat transfer guna dark transfer paper, saya biasa guna untuk material kain 100% Cotton sahaja. Jadi jawapan di bawah adalah berdasarkan pengalaman dan pembacaan sahaja.
1. Untuk kain jersi, saya biasa guna Vinyl sahaja. Mohon maaf tidak dapat membantu tuan.Tetapi mengikut spesifikasi transfer paper jenama Neenah JET OPAQUE II Heat Transfer Paper, kain jersi seperti Polyester dan Microfiber boleh guna.
2. Warna akan berubah (dye migration) biasanya terjadi pada kain Polyester sebab benang kain ini guna sublimation dye. Jadi bila dilekatkan transfer paper pada kain ini, kepanasan akan mengembangkan sublimation dye dan akan meresap ke transfer paper dan akhirnya tulisan/design akan ikut warna baju.
3. Pudar tu akan hilang selepas beberapa seketika. Itu biasa terjadi pada saya selepas press guna Cotton. Jika masih bertukar warna, kemungkinan suhu yang terlampau tinggi digunakan semasa press.
Harap dapat memberi sedikit idea.
Terima kasih banyak tuan.. Info yg sangat bernina untuk petulant.Seperti sy..
Kalau kain micro fiber atau polyester ni Boleh kah cetak guna rubber dye?
Maaf ada soalan2 tambahan pula.. Hehe
Terima kasih
** info yang sangat bernina Bagi petulant.Seperti Seperti saya..
Sorry typo..
Rubber dye guna silkscreen sesuai untuk semua kain.
Sama-sama. Saya berkongsi setakat saya tahu.
Selama mencetak night system selalu mnghadapi masalah dye cepat keying menyebabkan bloke sunbathing.. Adakalanya hasile cetakan tidalk kemas atau kasar berketul2 selection benang kain terikut.. apa punch Dan caramel mengatsi.
Tq
Selama mencetak sy selalu mnghadapi masalah dye cepat kering menyebabkan bloke sumbat adakalanya hasil cetakan tidalk kemas atau kasar berketul2 seperti benang kain terikut.. apa punca Dan cara mengatsi.
Tq
Blok tersumbat disebabkan oleh cepat kering atau keadaan sekitar yang panas. Ada pendapat daripada pakar-pakar silkscreen menasihati untuk membasuh dengan sabun, padamkan kipas semasa mencetak dan sebagainya.
Namun ada juga bahan kimia nama SE100. Tuan boleh dapatkan di kedai pembekal.
salam kalu nk print design untuk buat silkscreen..
kertas kilat tu nama pa ya..
Waalaikumussalam,
Untuk silscreen, design akan dicetak pada kertas A4/A3 biasa sahaja. Kemudian akan disapu minyak masak sampai lutsinar.
Atau cetak guna Tracing paper
salam. tuan. nak tanya.. sye nk buat baju menggunakan baju 100% microfibre. teknik apa yg designnya tahan lama..?
Waalaikumussalam,
Untuk tahan lama biasanya guna teknik Silkscreen
Boleh email kan quotation bagi sublimation price dekat saya. Saya nak buat baju dalam 40 helai.
Terima kasih tuan Syafizzi kerana bertanya,
Untuk baju sublimation, kami perlukan design terlebih dahulu kerana custom made. Tuan boleh emailkan atau hantar gambar kepada kami.
Whatsapp: 018-2122510 atau email info@khidmatcetakbaju.com
Kami perlu lihat design untuk berikan harga terbaik pada tuan.
Hi…nak tanya boleh tak guna Sublimation Ink atas Dark Paper?
Kalau press kat baju warna akan kekal atau luntur?
Hi,
Maaf ya. Saya tidak pernah guna Sublimation Ink. Mungkin boleh layari laman web http://www.usahawan.com untuk pertanyaan lanjut kerana mereka ada menjual mesin dan sublimation paper
Kenapa ye takboleh heat print (sublimation) atas baju hitam? ape akan terjadi kalau buat mcm tu? newbie bertanya
Sublimation hanya sesuai pada kain 100% polyester/microfiber warna putih sebab dye akan menyerap masuk pada kain tersebut. Jika guna baju hitam atau gelap memang tidak boleh kerana dye tidak melekat.
Assalamualaikum tn.. saya berminat untuk mempelajari secara praktikal.. Tuan ada buat kelas atau bengkel?
Waalaikumussalam Tuan Fakhoruzy,
Kami tidak menyediakan kelas praktikal untuk cetakan baju. Tuan boleh belajar daripada pakar cetakan Silkscreen seperti Tuan Azmie https://www.facebook.com/azmie.azmietshirt.
Alhamdulillah…terima kasih tuan.byk ilmu yg sy belajar dari tuan ttg printing ni…
Sama-sama Tuan Wan. Saya berkongsi sedikit ilmu yang ada
salam tuan, saya baru berjinak utk buat bis silkscreen.. nak tanya kain utk screen tu jenis apa ya? sy dah beli kain sutera satin… adakah kain jenis itu boleh digunakan? atau boleh tuan rekomenkan kain yg sesuai utk screen. TQ
Waalaikumussalam Tuan Akmal,
Maaf ya tuan, kami hanya menjual tanpa mencetak silkscreen tetapi mengikut pembacaan sutera juga boleh digunakan. Selain itu kain jenis Polyester, Nylon dan Stainless Steel.
salam.. tuan.. boleh saya tanya..
meja printing saya.. saya balut dengan span dan kain cotton atas dia (lebihan kain pelekat je)
lepas tu bila saya print baju menggunakan rubber dye.. kesan dye tu menjadi buble2..atau x rata.. dia macam ada texture..
apakah cara penyelesaiaanya?
adakan meja saya itu perlu ditukar pembalutya?
kene balut dengan kain pvc ke? biasa org guna apa ye yg plastik untuk balut meja silkscreen tu?
Waalaikumussalam Dina,
Kami ingin memohon maaf kerana tidak dapat menjawab soalan cik disebabkan kami tidak mencetak baju @ bukan kilang cetakan. Kami hanya menjual baju yang telah siap dicetak. Jika heatpress, kami dapat berkongsi informasi.
Asalamkum…saya ingin bertanya..mengapakah sticker vynil yg saya tekapkan menggunakan heat press ke atas t shirt tidak melekat dengan sempurna…saya menggunakan t shirt cotton dan suhu standard heat press 200 dgn masa 30 saat..
Waalaikumussalam Tuan Naim,
Berdasarkan pengalaman kami biasanya:
1. Suhu kurang panas. Tetapkan 165 darjah celcius
2. Masa 15 saat. Jika 30 saat sudah dikira ok.
3. Vinyl yang berkualiti. Biasanya kami guna PU Vinyl jenama Minseo (Korea) dan tiada masalah untuk lekat.
Untuk kes tuan, saya fikir masalah mungkin berpunca daripada vinyl.
Assalammualaikum tuan, kedai tuan kat mane ye? bole buat sublimation baju x??
Waalaikumussalam Tuan Ilham,
Kami hanya beroperasi secara homed-based melalui online. Tiada kedai. Kami boleh buat sublimation dengan minimum order 50 helai. Tuan boleh emailkan design ke info@khidmatcetakbaju.com
Assalamualaikum bos nk tanya, kalau guna vinyl korea , masa dan suhu mcm mana sesuai untuk kain microfiber? Adakah sama dengan kain cotton?
Suhu dan masa yang digunakan untuk dark paper adakah sama untuk cotton dan microfiber?
Waalaikumussalam Arif,
Biasanya guna suhu dan masa yang sama dengan cotton. 165 darjah celcius, 15 saat press. Sebab lapik dengan teflon paper jadi tiada masalah jika suhu sama.
Assalammualaikum tuan.
Saya nak tanya, printer epson L805 sesuai x untuk sublimation?
Atau tuan ada cadangan untuk printer yang lebih baik?
Terima kasih
Waalaikumussalam,
Mengikut pembacaan, printer ini sesuai untuk sublimation.
Assalamualaikum…. bole saya bertanya.. dua dua peralatan saya telah mengguna hasilnya dan tahan lama adalah Silkscreen Untuk Heatpress Cantik tapi Kuarng bertahan lama.. Itu yg saya tahu… masalah saya skg di mana dan bagai mana Untuk saya dptkan material 3g paper Dan vinly.. harga berpatutan dan berkualiti. saya dlam kesusahan mendapat bahan metah seperti itu untuk heatpress.. kalu tuan ada berapakah harganya..??atau dimana saya bole dpat kan…TQ
Waalaikumussalam Tuan Arjuna,
Seperti perbualan telefon tadi, kami tidak bekalkan material heat press. Tuan boleh dapatkan di supplier online seperti mdtextile.com.
Lepas ni boleh memilo sekali tuntut ilmu dari tuan
Terima kasih tuan kerana sudi berkongsi ilmu….
Introducer Account semasa maybank/CIMB recently posted…INTRODUCER AKAUN SEMASA MAYBANK/CIMB : kaedah berurusan dan testemoni terkini usahawan yg telah berjaya mendapatkan account semasa.
Sama-sama. Semoga tuan mendapat manfaat dari perkongsian kami.
Assalammualaikum tuan,..saya ada masalah berkenaan heat press.saya guna dark paper jenama transmax print guna piqment ink masalahnya apabila saya press design bewarna putih ke baju jenis microfiber..warna design tersebut tembus ke warna baju..adakah disebabkan heat pressterlalu panas
Waalaikumussalam Tuan Aswan,
Untuk heat transfer guna dark transfer paper, saya biasa guna untuk material kain 100% Cotton sahaja. Jadi jawapan di bawah adalah berdasarkan pengalaman dan pembacaan sahaja untuk kain microfiber/polyester.
Warna akan berubah (dye migration) biasanya terjadi pada kain microfiber/Polyester sebab benang kain ini sesuai guna sublimation dye. Jadi bila dilekatkan transfer paper pada kain ini, kepanasan akan mengembangkan sublimation dye dan akan meresap ke transfer paper dan akhirnya tulisan/design akan ikut warna baju.
Harap membantu
ingin kaos desain sendiri? kunjungi http://www.hygmatic.com, menerima jasa sablon sigital yang berkualias dan tersesia kaos polos dengan harga grosiran.
halo mau tanya knapa sya guna tracing paper di printer inkjet dia pnya image rosak? printer sya printer sya canon e510…apa printer sesuai utk tracing paper?printer yg guna laser ka? mohon pncerahan…thankyou…
Biasanya guna Injet printer. Rosak sebab imej tidak kelihatan ke?
Salam tuan Zaini
Soalan saya- bolehkah printer yg sdh kita guna utk pigment ink, guna semula pula untuk sublimation ink
Tkasih
Waalaikumussalam,
Tidak boleh digunakan semula untuk ink lain.
Ink untuk printing boleh dicari di mana ye? Stationary ke? Sy ada buat assignment pasal printing tshirt ni
Boleh cari di syarikat membekal barang printing seperti usahawan.com
assalamualaikum,
tuan,tumpang bertanya..sy buat heat press guna vinyl korea ke atas cotton,polyester,microfiber..dgn suhu 165c dan masa 15/30saat..knp trdpt kesan press mark?ada x cara spya xkn ada kesan press mark pd bju?sy dh guna teflon sheet tp hasil ttp sama..
Waalaikumussalam,
1. Apa suhu sesuai yang dicadangkan oleh vinyl tersebut?
2. Jika baju sudah sejuk, adakah masih ada tanda?
satu transfer paper utk sehelai baju ke
Bergantung kepada saiz design yang ingin dicetak. Jika design saiz A4 dan guna transfer paper bersaiz A4, jadi 1 design sahaja boleh print.
Assalamualaikum tuan zaini
sy baru nak mulakan bisnes cetak baju cara heat press. sy cadang nak guna 100% cutton kain gildan. so sy nak tanya kain ni sesuai dgn dakwat ape?
satu lg dimana sy boleh dptkan stok baju jenama gildan dgn harga murah?
Waalaikumussalam En. Suhaimi,
Untuk heatpress kain 100% cotton adalah sesuai. Heatpress ada dua jenis cetaka yang biasa dibuat:
1. Heat transfer paper – guna kertas transfer paper dan printer yang guna Pigment Ink
2. Heat trasnfer vinyl – guna kertas vinyl, design dan potong guna mesin pemotong.
Untuk baju Gildan harga untuk bisnes, tuan boleh daftar menjadi agen di Gildan Malaysia di Megah Textile Sdn. Bhd.
terima kasih tuan..
Assalamualaikum tuan..
Saya nak buat cetakan gambar dan tulisan di atas baju 100% cotton..
Mohon cadangan tuan, teknik cetakan mana yang sesuai untuk saya gunakan untuk mendapatkan kualiti yang terbaik dan tahan lama..
Terima kasih..
Waalaikumussalam,
Ianya bergantung kepada kekerapan pakaian di basuh dan cara basuhan. Tetapi kebiasaanya, teknik Silkscreen lebih tahan lama.