Harga Cetak Baju Berubah Selepas GST?

Selepas dikuatkuasa GST pada 1 April 2015, huru-hara jadinya urusan jual beli. Ada kedai yang caj GST padahal tak daftar GST pun. Menangguk di air keroh atau ambil kesempatan. Itu sudah tidak amanah dan rezeki yang dapat kita sendiri boleh nilai elok atau tidak.

Kami juga terkena tempias GST. Kami dicaj 6% daripada pembekal (input tax) tetapi kami tidak boleh caj kepada pelanggan (output tax). Ini kerana kami tidak daftar GST sebab perniagaan masih kecil dan tidak sampai tahap kena daftar GST.

HARGA CETAKAN & SULAMAN

Jadi, adakah harga akan berubah? Jawapannya TIDAK.

Harga masih sama untuk semua jenis baju, cetakan dan sulaman. Anda tidak perlu gusar. Apa yang anda lihat di ruangan harga masih sama. Harapnya tiada lagi cukai-cukai lain selepas ini.

Bukankah kami akan rugi jika tidak naik harga? Sebab tak dapat caj 6% kepada pelanggan.

Kami tidak menaikkan harga jadi untung akan berkurangan. Dapat juga untung walaupun sedikit berkurangan daripada sebelum ini. Itu lumrah. Tipulah jika semua perniagaan nak rugi, mesti nak untung walau sedikit. Biar sama-sama dapat faedah. Kami untung jual baju, anda untung dapat baju seperti diminta.

CAJ POS LAJU

Namun, kos penghantaran percuma melalui PosLaju kini ada sedikit perubahan tempias GST. Kami mohon maaf kerana terpaksa mengubah sedikit polisi akibat kekangan kos untuk kuantiti tempahan sedikit.

1. Kos percuma seluruh Malaysia hanya untuk tempahan 30 helai dan ke atas sahaja.

2. Kos pos/penghantaran ditanggung oleh pembeli untuk tempahan 10 hingga 29 helai. Bukan sepenuhnya tetapi kebanyakkan kos.

Cara kira kos pos:

Katakan anda berada di Sabah. Tempah baju korporat Oren Sport 10 helai dengan sulam nama dan logo.

Berat = 10 helai x  200gram = 2000 gram = 2Kg

Kos PosLaju ke Sabah untuk 2Kg adalah RM41.10

Jadi anda perlu bayar RM40 sahaja. Baki RM1.10 kami bayarkan. Katakan selepas ditimbang, kos pos masih lebih daripada 2Kg, kami akan bayarkan selebihnya. Anda tidak perlu risau.

Itu saja pengumuman ringkas. Moga tidak lunturkan semangat anda untuk menempah bersama kami.

Jika anda pertanyaan untuk tempahan baju, hubungi saya 018-2122501 (ZAINI)

Kongsikan artikel untuk manfaat bersama:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge