Cetak Baju Design Sendiri: Satu Nilai Tiada Tandingan

Apa tujuan utama kita cetak baju? Ada banyak tujuan sebenarnya dan kami pernah kongsikan dalam artikel 6 Sebab Kenapa Seseorang Ingin Cetak Baju. Boleh baca. Mungkin itu salah satu tujuannya.

nilai-design baju

Semuanya tujuan itu berkisar kepada satu kesimpulan yang saya fikir sangat bermakna iaitu

NILAI

Nilai ini bukan tempat beli karpet di Negeri Sembilan tu :)

Nilai dalam Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud:

  • Darjat, kualiti, mutu dan taraf
  • Sifat ketinggian

Tafsiran ini sudah cukup memberikan gambaran kepada kita, rekabentuk (design) pada baju yang dicetak mempunyai kehebatan yang sangat tinggi. Ada pelbagai maksud tersirat yang boleh dirumus daripada  sesuatu rekabentuk.

Ada sesetengah rekabentuk walaupun ringkas tetapi sangat bermakna kepada penciptanya. Ada rekabentuk hanya tulisan tetapi pengertiannya sehingga hujung hayat.

Walaupun ianya sekadar tulis Family Day Keluarga Tok May 2015 tetapi disebalik tulisan itu ada banyak benda yang bermanfaat dan berfaedah terjadi. Ada suka dan duka.

Sebab tulisan itu dapat mengumpul ahli keluarga, sanak-saudara, anak-anak, sepupu sepapat (betul ke ayat ni?) duduk sekali dalam satu majlis keluarga. Makan, bersembang, bertanya khabar dan berjenaka sesama sendiri. Itulah nilainya.

Sama juga dengan baju korporat sulam logo syarikat. Apa nilainya baju tu pada kita? Sudah semestinya kebanggaan menjadi sebahagian daripada pekerja syarikat. Menjadi aset berguna pada syarikat. Itu lebih penting. Nilai juga sebenarnya datang dengan tanggungjawab yang berat.

Setiap rekabentuk ada nilai tersendiri. Dalamnya ada harapan, masa depan, sejarah, kebanggaan dan kualiti.

Apa nilai rekabentuk anda untuk dicetak?

ZAINI

“Kita ada nilai tersendiri – XPDC”

Kongsikan artikel untuk manfaat bersama:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge