Cara Mengira Harga Sulaman Baju Korporat

Salam sejahtera pembaca budiman,

Lama juga tak menulis. Jangan bimbang, kami masih ada.

Untuk artikel kali ini saya ingin berkongsi cerita mengenai sulaman baju. Alhamdulillah, kami banyak menerima pertanyaan dan tempahan sulaman baju terutamanya untuk baju korporat F1. Pada mereka yang sudah menempah bersama kami, jutaan terima kasih untuk anda.

Sebelum ini saya ada ceritakan berkenaan Cara Mengira Harga Cetakan Baju. Boleh klik link tersebut untuk membaca.

Cara mengira harga baju adalah lebih kurang sama. Cuma berbeza pada kos sulaman. Itu sahaja.

Untuk makluman kami menggunakan baju korporat berjenama Oren Sport. Baju adalah ready-made, maksudnya stok baju sedia ada. Proses sulaman baju ready-made lebih pantas iaitu 2 minggu sahaja (maksimum).

Jika tiada dalam design ready-made, kami juga boleh menjahit semula baju mengikut keperluan anda atau custom-made. Untuk custom-made minimum tempahan 50 helai.

Nak tahu pengiraannya?

Jadual harga seperti di bawah:

baju korporat

PENGIRAAN HARGA

Situasi 1: Maklumat tempahan seperti berikut:

  • Baju Korporat Oren Sport 20 helai
  • Sulam nama depan di sebelah kanan
  • Sulam logo depan di sebelah kiri
  • Anda berada di Alor Setar, Kedah

Harga (rujuk jadual harga Oren Sport):

  • 20 helai baju korporat Oren Sport = 20 x RM48 = RM960
  • Sulam nama depan di sebelah kanan = 20 x RM5 = RM100
  • Sulam logo depan di sebelah kiri = 20 x RM6 = RM120
  • Anda berada di Alor Setar, Kedah = 20 helai = 8kg = RM53

Jadi = RM960 + RM100 + RM120 =RM1,180

Harga sehelai baju = RM1,180 / 20 =RM59

Jumlah perlu dibayar = RM1,180 + RM53 = RM1,233

Situasi 2: Maklumat tempahan seperti berikut:

  • Baju Korporat 70 helai
  • Sulam nama depan di sebelah kanan
  • Sulam logo A pada dada sebelah kiri
  • Sulam tulisan syarikat di belakang
  • Anda berada di Kota Kinabalu, Sabah
  • Baju Korporat  70 helai = 70 x RM46 = RM3220
  • Sulam nama depan di sebelah kanan = 70 x RM5 = RM350
  • Sulam logo A pada dada sebelah kiri = 70 x RM6 = RM420
  • Sulam tulisan syarikat di belakang = 70 x RM6 = RM420
  • Anda berada di Kota Kinabalu, Sabah = PosLaju percuma kerana melebihi 30 helai.

Jadi = RM3,220 + RM350 + RM420 + RM420 = RM4,410

Harga sehelai baju = RM4,410 / 70 =RM63

Jumlah perlu dibayar = RM4,410 sahaja.

Nota: Sehelai baju korporat anggaran berat 0.4Kg.

KESIMPULAN

Untuk makluman, semua baju boleh disulam tidak terhad pada baju korporat sahaja. Tidak kira sama ada baju cotton, baju single jersey, honey comb polo dan sebagainya, boleh disulam. Kos sulaman masih sama seperti di atas, cuma berbeza pada harga baju kosong mengikut kuantiti.

Mungkin anda sudah dapat sedikit gambaran awal mengenai harga sulaman baju. Harapan kami agar anda dapat menggunakan panduan harga ini untuk mengira bajet tempahan baju korporat anda.

Namun, jika anda perlukan bantuan, hubungi:

ZAINI

Call/Msj/WhatsApp: 018-2122510

Email: info@khidmatcetakbaju.com

Facebook Khidmat Cetak Baju

Kongsikan artikel untuk manfaat bersama:

2 Comments

  1. Albar

    AsSalam,
    Saya nak tanya:

    1) Bagi harga sulaman baju adalah merujuk jadual tersebut saja kan? Jumlah warna benang dan jumlah stitch tidak akan diambilkira betul kan?

    2) Kalau kuantiti 100 ~ 300 helai untuk sulaman ke atas adakah harga masih sama?

    Terima kasih

    • Mohd Zaini

      Waalaikumussalam Albar,

      Terima kasih kerana bertanya. Di bawah ini jawapannya:

      1. Harga sulaman rujuk pada jadual itu sahaja. Kita tidak mengira bilangan warna benang & stitch.

      2. Untuk kuantiti melebihi 100 ke atas kita akan berikan harga yang terbaik, semestinya lebih murah.

      Antara faedah lain untuk tempahan sekurang-kurangnya melebihi 30 helai:

      a) kami berikan penghantaran PosLaju percuma ke seluruh Malaysia.

      b) Diskaun RM50 untuk tempahan pertama. Cuma gunakan kupon diskaun yang boleh dimuat turun secara percuma di http://www.khidmatcetakbaju.com/diskaun

      Terima kasih.
      Mohd Zaini recently posted…Tempahan Baju I AM Dibuka. Sehelai Pun Boleh!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge