Ada 3 Sebab Anda Perlukan Sebutharga Untuk Cetak Baju

sebutharga quotation cetak bajuSebutharga atau quotation adalah salah satu proses sebelum membuat tempahan baju. Sebutharga boleh dibuat dengan memohon daripada penyedia perkhidmatan cetakan baju.

Seeloknya mohon daripada 3 penjual atau lebih. Ada banyak cara untuk minta sebutharga seperti melalui borang sebut harga, email, SMS dan WhatsApp. Jika anda tanya harga hanya melalui WhatsApp, itu juga dikira sebutharga.

Kenapa anda perlukan sebutharga? Di bawah ini kami kongsikan 3 sebab utama:

1. Perbandingan harga

Dalam keadaan ekonomi yang penuh ‘tegang’ ini, harga adalah satu perkara paling penting dan utama sebelum seseorang membuat keputusan untuk membeli. Tidak kira apa jua barangan atau servis hatta untuk mencetak baju sekalipun, perlukan sebutharga. Kita mahukan kualiti cetakan baju paling tinggi tetapi pada harga paling murah.

Sebenarnya, susah nak jumpa tetapi tidak mustahil.

Dalam cetakan baju, kualiti paling tinggi seperti cetakan Direct to Garment (DTG) memerlukan kos yang tinggi. Jadi harga jualannya juga adalah lebih mahal. Begitu juga dengan material baju. Lebih tebal lebih mahal.

Dengan adanya sebutharga, kita boleh buat perbandingan harga yang setara. Kita cuma berikan kuantiti, design baju dan juga jenis baju. Kemudian, para penjual akan berikan harga terbaik untuk anda.

2. Butiran Lengkap Barangan atau Servis

Untuk cetak atau sulam baju, kita biasanya bertanya:

  • Berapa harga sehelai?
  • Kalau 10 helai berapa?
  • Nak buat baju korporat macam mana?

Pertanyaan di atas adalah terlalu umum dan sukar untuk penjual memberikan harga sebenar. Anda perlu memberikan butiran asas yang boleh dijadikan panduan.

Walaupun butiran yang diberikan kadang-kala kurang lengkap, tetapi penjual biasanya boleh memberikan saranan berdasarkan kehendak pembeli dan butiran asas yang diperoleh.

Butiran lengkap daripada penjual biasanya dipanggil Bill of Material yang mengandungi semua maklumat lengkap seperti jenis baju, kod baju dan jumlah helai baju yang ingin ditempah.

Apabila sudah dapat sebutharga dengan bill of material, kita boleh buat perbandingan bukan sahaja harga tetapi jenis material yang diberikan penjual.

3. Komitmen Penjual

Apabila kita minta sebutharga, pasti kita mengharapkan balasan daripada penjual. Jadi, kita boleh mengukur sejauh mana penjual memberi maklumbalas kepada permintaan anda. Jika penjual seorang yang bertanggungjawab, mereka akan balas pertanyaan kita dalam masa 24 jam.

Jika dengan SMS/WhatsApp mungkin kurang sejam. Jadi, kita boleh buat kesimpulan awal, khidmat pelanggan dalam memberi respon sangat baik. Boleh dipertimbangkan untuk urusan seterusnya.

Kesimpulan

Jadilah pengguna bijak. Minta sebut harga daripada beberapa penjual sebelum membuat keputusan membeli. Lebih-lebih lagi jika tempahan pelbagai jenis baju dan cetakan.

Nak minta sebutharga cetak baju? Klik Borang Sebutharga.

Dijamin komitmen kami amat tinggi!

ZAINI
018-2122 510

Kongsikan artikel untuk manfaat bersama:

4 Comments

  1. Ya, bila dah tau harga,

    Kita ada pilihan untuk pilih cetak baju dengan siapa :)

    P/S : Dengar cerita khidmatcetakbaju.com ada bagi kupon diskaun. Rugilah siapa yang tak grab sekarang hehe

    • Mohd Zaini

      Terima kasih tuan Adzrif sudi singgah, Ya betul kami berikan diskaun RM50 untuk tempahan pertama.

      Jangan lepaskan peluang :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge