6 Jenis Tempahan Yang Tidak Dapat Diproses

Assalamualaikum & salam sejahtera pembaca budiman. Maaf sudah lama tidak kemaskini blog. Jangan bimbang. Kami masih beroperasi seperti biasa. Sedikit sibuk dengan urusan sampai blog tak sempat tengok (alasan biasa ni).

Walaupun tidak kemaskini blog tetapi segala pertanyaan anda sama ada melalui WhatsApp, SMS, Phone dan Email dijawab dalam masa pantas. Itu komitmen kami.

Untuk post kali ini kami ingin berkongsi pengumuman ringkas mengenai polisi cetakan baju yang diamalkan oleh kami. Walaupun kami menyediakan perkhidmatan yang secara umumnya boleh mencetak dan sulam apa sahaja jenis fabrik, namun masih ada had yang perlu dipatuhi.

Bunyi macam serius saja. Tidaklah.

tempah baju

Jom baca tempahan yang tidak dapat diproses:

1. Tempahan kurang daripada 10 helai

Ini adalah tempahan minimum yang kami boleh terima. Kurang daripada itu, kami mohon maaf tidak dapat penuhi kehendak anda. Kami faham, ada sesetengah daripada kita hanya inginkan sehelai dua sahaja. Buat masa ini, itu jumlah minimum kami dapat proses.

2. Tempahan siap kurang daripada 2 minggu

Proses tempahan akan ambil masa 2 minggu untuk baju ready-made (baju seperti dalam katalog) dan 4 minggu untuk custome-made. Jika perlukan cepat, kami minta maaf tak dapat penuhi. Bimbang jika janji seminggu tetapi tak sempat siap, teruk nanti kami kena belasah dengan anda. Reputasi jatuh merudum.

Manusia dipegang pada janji. Jika janji seminggu, maka seminggu-lah jawapannya. Elok-elok janji ditepati jadi janji dicapati. Tiada unsur politik ya. Hehe.

3. Cetakan baju berunsur keagamaan selain Islam

Kami hanya menerima baju bercorak keislaman sahaja. Sebagai Muslim, harap anda menghormati prinsip ini. Tidak salah anda bertanya tetapi saya akan menolak dengan baik. Minta maaf tidak dapat buat.

4. Cetakan baju berunsur negatif

Unsur negatif ada banyak seperti arak, judi, pergaulan bebas, tidak bermoral dan seumpamanya. Ini juga tak dapat nak tolong. Kami tak nak bersubahat dengan benda-benda tak baik. Tetapi jika kempen menentang benda negatif, kami boleh buat dan amat menyokong.

5. Corak terlalu rumit

Oleh kerana kami hanya gunakan heatpress dan silkscreen, jadi corak (design) sangat perlu diberi perhatian. Kami sedaya-upaya akan penuhkan hasrat anda. Jika coraknya terlalu rumit sehingga sukar dicetak, kami mohon maaf terpaksa tolak juga. Tidak mahu mengecewakan anda.

6. Saiz sulaman besar

Saiz maksimum sulaman baju adalah 6inci x 3 inci. Lebih daripada itu tak dapat buat. Biasanya untuk sulaman seperti nama, logo dan tulisan hanya menggunakan saiz yang kecil.

Baiklah, itu sahaja sedikit kekangan yang tidak dapat dipenuhi. Namun, banyak daripada pertanyaan dan tempahan dapat kami buat tanpa sebarang masalah rumit. Setiap masalah boleh selesai, kita boleh bincang :)

Jumpa lagi.

Seperti biasa jika anda nak cetak atau sulam baju, boleh klik pada Katalog di atas. Boleh juga hubungi kami di:

018-2122510

Zaini

Kongsikan artikel untuk manfaat bersama:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge