5 Sebab Syarikat Anda Perlukan Baju Korporat

Artikel ini sebenarnya kami sudah kongsikan di Fanpage KhidmatCetakBaju.com. Jadi, untuk lebih perkongsian, kami kongsikan juga di website untuk manfaat bersama.

Hari ini baju korporat sudah menjadi satu keperluan kepada syarikat. Tidak kira syarikat kecil yang mempunyai staff kurang 10 orang sehinggalah syarikat besar yang mempunyai beratus malahan beribu staff. Mereka buat baju korporat kerana tahu akan manfaat dan kelebihan kepada syarikat.

baju-korporat-murah

Jom kami kongsikan 5 sebab syarikat perlukan baju korporat:

1) IDENTITI SYARIKAT

Sesetengah syarikat dapat diketahui hanya dengan melihat baju korporat yang dipakai.
Warna baju, cetakan logo dan juga nama syarikat akan menyerlahkan identiti syarikat. Identiti adalah nadi utama syarikat yang membezakan kelebihan antara satu syarikat dengan yang lain.

2) PEMASARAN BERGERAK

Pemasaran (marketing) secara tidak langsung dapat dijalankan apabila staff memakai baju korporat. Orang ramai akan menyedari  kehadiran syarikat dalam pasaran. Lebih kerap dilihat, lebih baik untuk syarikat.

Kaedah pemasaran bukan sekadar iklan di media cetak dan elektronik tetapi dengan baju korporat, pemasaran secara tidak langsung dapat dibuat. Tidak perlu kos kerana staff yang memakai dan memasarkannya.

3) KESERAGAMAN DI ANTARA STAFF

Baju korporat adalah uniform. Staff sangat berbangga  dapat memakai pakaian seragam dan pada masa yang sama membawa nama baik syarikat.

Kita akan dapat lihat sekumpulan staff syarikat makan bersama, berjalan bersama serta berbincang bersama berseragam baju korporat.

4) BAJU ALTENATIF PADA HARI JUMAAT/SABTU

Ada syarikat yang bebas memakai kemeja pada setiap hari. Apa kata, hari Jumaat atau Sabtu, staff boleh memakai baju korporat sebagai pilihan tetapi masih mengekalkan identiti syarikat.

5) LEBIH SANTAI DARIPADA BAJU KEMEJA

Nampak lebih santai tetapi masih smart untuk dipakai. Kata orang, baju korporat lebih selesa dan boleh buat banyak aktiviti lasak seperti program tertentu, latihan dan seminar.

Bagi kami, baju korporat adalah penting untuk identiti syarikat. Jangan biarkan syarikat lain terus gah dengan identiti yang dibangunkan. Jangan ketinggalan.

Jika berminat nak buat baju korporat, boleh hubungi kami. Sedia berkhidmat!

WhatsApp: 018-2122 510 / 017-3352615

Selamat bercuti, selamat memandu dan selamat semuanya.

Kongsikan artikel untuk manfaat bersama:

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge